Thursday, February 3, 2011

'Bertuahnya' Kita! Bahagian 1

Salam.... Dan Selamat Sejahtera World!

Kalau ikut hati... aku tak nak terlalu cepat untuk letak 'posting' baru... Tapi suatu sms yang aku terima pagi tadi buat aku sedikit terpanggil untuk menulis...

Bunyinya lebih kurang begini...
"Abg Red, saya dapat interview dengan syarikat XXX.... 17 haribulan neh... harap2 dapat..."
Aku balas...
"InsyaAllah... kalau betul caranya... adalah rezeki... Ok tak tawaran gajinya?"
Dan jawapan yang aku terima agak MEMERANJATKAN....
"Ok lah juga... syarikat tu tawarkan gaji RM1,900.00 sebulan... kalau dapat."

RM1,900.00? Tak silap aku... lebih kurang 5 tahun dulu... Itu juga purata gaji untuk para graduan dalam sesetengah industri di Malaysia. Dan aku berani cakap... 10 tahun dulu pun... itu juga purata gaji yang ditawarkan kepada abang-abang dan kakak-kakak kita yang bergraduasi dahulu daripada kita. DI MANA SILAPNYA?

Baik.... kita buka ruang lingkup lebih besar.... 10 tahun dulu (dan mungkin 20 tahun dulu)... operator di kilang-kilang dibayar gaji lebih kurang RM600-RM700 sebulan (sebelum ditambah 'overtime' @ O.T)... Kalaulah anda semua buka akhbar hari ini dan cari jawatan operator kilang, cuba perhatikan berapa gaji yang ditawarkan? Menyedihkan, tapi benar.... yakini SAMA dengan gaji 10-20 tahun dulu juga!

Lihatlah... semakin negara kita 'maju' dan 'ke hadapan' pabila pencapaian 'diutamakan'... rakyat kita semakin 'didahulu'kan! Maksud DIDAHULUKAN di sini? Maknanya kita masih lagi di bayar dengan kadar gaji yang dahulu-kala, walaupun keadaan ekonomi dan taraf hidup (itu sajalah pencapaian yang dapat aku lihat setakat ni) semakin meningkat dari hari ke hari! Ya... aku menegur kerajaan hari ini (bukan mengutuk... jadi Kementerian Dalam Negeri TOLONG bezakan... ini adalah kritikan yang membina agar pihak yang mentadbir dapat melakukan suatu perubahan)

Aku nak berhenti sekejap... nanti aku akan sambung selepas ni.... nak bersedia untuk Solat Jumaat... aku akan kupas perkara di atas lebih lanjut selepas ini... Tunggu ya....

Salam Pertama!

Assalamualaikum... dan salam sejahtera...

Pertama sekali... aku nak ucap Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan-rakan serta teman-teman yang berbangsa Cina... Raikan semangat 1 Malaysia! Kepada rakan-rakan lain... Selamat bercuti dan menghabiskan boreh!!! He3... Begitulah beruntungnya rakyat Malaysia... menikmati pelbagai cuti umum yang pelbagai... Tapi untuk mereka yang bekerja dengan syarikat2 yang berpengkalan di Malaysia lah... Kepada rakan-rakan yang bekerja di syarikat-syarikat 'outsourse' dan tidak lupa yang bekerja sebagai 'customer service' atau 'customer care' syarikat-syarikat multinasional... Berkhidmatlah anda demi bangsa, agama dan negara... he3... Jangan marah da...

Aku juga nak minta maaf kerana blog aku ini dilancarkan sangat lewat... berbanding perancangan awal... yakni awal Januari 2011... Aku sedikit sibuk dengan urusan di kantor (pejabat). Maklumlah....pindah 'rumah baru'...  tak perlulah aku sebut aku kerja di mana... Kerja tidak 'glamour' pun... Siapa yang tahu tu... tahulah... Tapi bak kata sahabat lama aku... "It is better late than never" Cakap Orang Putih kejap.... Mungkin orang anggap aku sekadar nak bagi alasan... atau entah apa lagi tanggapan yang klise... Tapi... aku tiada 'remote control' untuk tutup mulut orang... Biarlah apa orang nak kata... Janji aku dan Tuhan tahu apa yang aku buat.

Selepas digesa oleh beberapa orang sahabat dan 'dicungkil' beberapa kali oleh mereka... Baiklah... Maka dengan ini terhasillah blog aku... dan ini lah karya prelude aku... sebagai pengenalan... Cuba untuk buat ringkas-ringkas.... takut tulis banyak-banyak karang... Orang menyampah pulak... he3!

Nak tulis dalam bahasa Inggeris? Hmmm... bukan tak nak... English aku pun tak sepandai sesetengah orang lain yang lebih hebat... lagipun pembaca sasaran aku lebih kepada rakyat MALAYSIA (tak tahu berbahasa Melayu, baiklah kau bakar kad pengenalan kau tu) dan lebih kepada golongan Marhaen dan Sederhana seperti aku... (Sebab aku tahu kebanyakan mereka yang meletakkan taraf mereka sebagai 'High Class' malu nak cakap bahasa Melayu... jatuh 'standard' la agaknya... Mereka mungkin tak minat baca blog aku....Tapi kalau mati esok...tanam juga dalam tanah kan, ye tak? Bukan tanam dalam emas berlian kan?) Tapi kalau lah ada sesetengah terma atau tiba-tiba aku 'demam' tulis blog aku dalam bahasa Inggeris... Mungkin sebab aku terlupa terma Melayunya atau sekadar menguji kemahiran bahasa Inggeris aku... Kalau ada nak jadi 'Cikgu Bedah' nak tolong betulkan 'grammar' atau 'vocabulary' aku nanti... dialu-alukan. Kita hidup perlu selalu belajar untuk menjadi bukan sahaja yang terbaik (kalau dapat, baguslah...) tapi kalau tak dapat... jadi LEBIH baik pun dah cukup bagus...

Baiklah... selepas ini aku berjanji untuk berkongsi dengan semua cerita-cerita atau info-info yang mungkin menarik bagi aku... kalau suka sila komen, tak suka pun... boleh komen juga... boleh untuk aku perbaiki mutu penulisan aku untuk masa akan datang... 

Selamat berkenal-kenalan untuk kali yang pertama... bertemu dalam penulisan seterusnya... InsyaAllah... Amin...

p/s: Minta tolong pada anda semua untuk hebahkan kelahiran blog aku ni pada yang lain... Hanya Allah sahaja mampu membalas jasa baik anda semua.... Amin...